2/03/2008

Pintu Itu

Aku keliru
Antara rasional
Atau rasa hati

Ya pintu itu
Ada apa dengan pintu itu

Hati mula mengungkap rasa
Cinta?

Rasional berhujah keras
Tidak!!

Ohhh tidak sama sekali
Tapi apa dibalik pintu itu?

Aku keliru lagi
Apakah ini firasat
Atau mainan emosi

Pintu itu
Mungkin sudah diketuk
Mungkin dah sedikit terkuak
Mungkin sengaja divakumkan
Mungkin aja...

Iyalah
Pintu itu
Punya bekas terkopak
Tapi ditampal kemas
Punya mangga terkatup
Tapi kuncinya lesap
Kemana ya?

Keliru lagi aku
Mahu tunggu kunci dijumpai?
Atau pecah masuk aja pintu itu

Perlukah menjengah masuk?
Ada apa dibalik pintu?

Haih.. Jaga adab wahai orang muda
Itu pintu orang

Bagi salam dahulu
Tunggu
Iya, tunggu aja..
Jaga adab

Hingga pintu dikuak
Barulah melangkah

Mengatur kasih
Menghulur cinta
Menyimpul sayang

3 comments:

Azhar Ahmad said...

Tidak perlu dipecah, tidak perlu mencari kunci...

Hanya letakkan di daunnya,
dengarkan apa yang berbunyi.

Moga2 ada yang membukanya...

Tetapi siapa?

faizsaaid said...

mahu pergi ke kedai nyonya,
kena berjalan punyalah lama,
adab bercinta ada cantiknya,
barulah mulia disisi agama,

kakok said...

kehidupan ini mengagumkan
dlm kesakitan ada kekuatan
dlm ketiadaan ada keindahan
dan dlm kehilangan rupanya ada kesempurnaan.. :)